Semuanya bermula dengan beberapa kejadian misteri; tapak kasut di dalam salji yang datang dari kawasan hutan ke pintu belakang rumah, bunyi mengeriut di loteng, surat khabar yang tidak pernah dilihat dan dilanggan. Kemudian kehilangan kunci rumah, dan seseorang yang cuba memecah masuk ke dalam bangsal.
Andreas Gruber, 63, seorang petani yang tinggal 60 batu di utara Munich, Jerman sendiri pun tertanya-tanya dengan insiden tersebut pada tahun 1922.
Dia pernah menyatakan rasa peliknya itu dengan jiran dan rakan-rakannya, namun tidak lama kemudian akhirnya mereka dikejutkan dengan khabar pembunuhan kejam seluruh keluarga Andreas – termasuk isterinya Cazilia, 72, anak perempuan mereka Viktoria, 35, cucu Cazilia, 7 (nama sama dengan neneknya) dan Josef, 2, serta pembantu rumah mereka Maria Baumgartner,44. Kesemuanya dibunuh dengan menggunakan cangkul burung atau ‘pickaxe’ di rumah mereka, di ladang Hinterkaifeck.
Pembunuhan tersebut sesungguhnya amat menggemparkan orang awam – Bukan saja kerana kekejamannya tetapi juga kejadian-kejadian pelik yang menyelubungi kes itu.
Polis beranggapan bahawa pada hari Jumaat itu, 31 Mac - Andreas, Cazilia, Viktoria dan Cazilia kecil telah diumpan melalui cara yang hanya pembunuh saja yang tahu, untuk masuk ke bangsal haiwan ternakan sebelum dibunuh satu persatu. Yang menghairankan; tiada tanda-tanda pergelutan atau cubaan melarikan diri. Seolah-olah Andreas, isteri, anak dan cucunya menerima saja pengakhiran nasib mereka di dalam bangsal tersebut. Seterusnya, pembunuh masuk ke dalam rumah dan membelasah Josef yang sedang tidur di dalam bilik ibu bapanya, hingga mati. Kemudian dia menuju ke bilik Maria dan menamatkan riwayatnya juga.
Mayat mereka ditemui pada hari Selasa 4 April apabila Cazalia kecil tidak hadir ke sekolah. Pada mulanya pihak polis mengesyaki rompakan sebagai motif, tetapi menukar fikiran setelah menemui wang dan barang berharga masih berada di rumah keluarga Gruber. Beberapa soal siasat menemui jalan buntu. Sementara itu, autopsi menunjukkan walaupun cedera parah Cazilia kecil masih hidup ketika baru diserang. Semasa berbaring bersebelahan mayat-mayat ahli keluarganya, dia dikatakan menarik beberapa gumpal rambutnya sendiri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Perkara yang menggerunkan? Pembunuh itu tidak terus melarikan diri, malah tinggal buat sementara waktu di rumah tersebut. Polis menemui baki makanan di dapur, ternakan diberi makan secukupnya. Jiran juga memberitahu mereka melihat asap keluar dari cerobong (chimney) rumah Gruber sepanjang hujung minggu itu. Anjing keluarga itu juga dilepaskan keluar. Sesiapa yang membunuh penduduk ladang Hinterkaifeck itu jelas sekali tinggal di situ untuk beberapa hari dan menguruskan tempat itu sebelum melarikan diri.
Lebih daripada 100 orang suspek telah disoal siasat mengenai pembunuhan keluarga Gruber dan pembantu rumah mereka – yang terakhir dilakukan pada tahun 1986. Pada 2007, pelatih Akademi Polis Fürstenfeldbruck berpendapat bahawa kes misteri di Hinterkaifeck tidak akan diselesaikan buat selama-lamanya.
Fakta menarik:
- Maria Baumgartner dibunuh pada hari pertama dia baru bekerja untuk keluarga Gruber. Pembantu rumah sebelumnya berhenti kerja enam bulan sebelum kejadian – Dengan alasan rumah itu tetiba menyeramkan dan seperti berhantu. Dia mengatakan selalu mendengar bunyi tapak kaki di loteng pada waktu malam dan suara orang berbisik sewaktu bersendirian.
- Suami Viktoria, Karl Gabriel, dilaporkan mati semasa perang dunia Pertama dan dikatakan mayatnya tidak pernah ditemui. Namun, rakan-rakan seperjuangannya melaporkan bahawa mereka melihat dengan mata sendiri kematian Karl dan polis mempercayai pernyataan ini.
- Viktoria hamilkan Josef selepas beberapa tahun suaminya mati di medan perang. Hal ini jadi buah mulut di kalangan penduduk, Josef adalah anaknya dengan salah seorang jiran terdekat atau hasil hubungan incest Viktoria dengan ayahnya sendiri.
- Tengkorak kesemua mangsa dihantar ke Munich untuk dikaji dengan lebih lanjut. Malangnya, tengkorak-tengkorak hilang dalam huru hara perang dunia ke2.
Gambar2 keluarga Gruber
Gambar crime scene
hasil CSI dan lost in translation~ oleh saya
EmoticonEmoticon