Foto Mengejutkan Pesakit Mental Indonesia Menunjukkan Imej Menyeramkan Keadaan Hidup Mereka (18 GAMBAR)
Pasung, satu istilah untuk sekatan atau halangan, yang diharamkan pada tahun 1977, tetapi masih lagi digunakan secara meluas di negara itu di mana penyakit mental merupakan satu isu larangan. Prihatin terhadap kesengsaraan mereka, seorang jurugambar dari New York, Andrea Star Reese, menghabiskan masa pada tahun 2011 hingga 2012 menyiasat keadaan pesakit di institusi pesakit mental di Indonesia untuk dokumentari 2013 miliknya yang berjudul ‘Disorder’.
“Berjalan melalui pintu itu adalah senang, walaupun keadaan sangat teruk, dan kebiasaannya memang teruk,” pendedahan Reese kepada Feature Shoot.
“Meninggalkan tempat itu yang susah dan mengganggu fikiran. Saya meneruskan dokumentasi ini kerana keadaan adalah kritikal, pemulihan sangat lambat, dan kerajaan Indonesia memberi perhatian kepada media antarabangsa. Badan bukan kerajaan antarabangsa dan kebangsaan menggunakan foto dan laporan saya untuk meneruskan usaha mereka. Saya tidak boleh tinggalkan cerita ini.”
“Agus bernyanyi dalam sangkarnya. Penjaga tidak melepaskannya kerana takut dia akan lari, jadi sangkar ini menjadi rumah kekalnya.”
“Halusinasi Evi bermula ketika dia berumur 15. Ibu bapanya bayar untuk katil kayu dan pendekatan Islam untuk rawatannya.”
“Galuh Foundation di Jakarta, Indonesia diberikan lesen oleh kerajaan. Tiada siapa ditolak, tetapi kerajaan menyediakan makanan hanya untuk dua bulan. Tidak ada perumahan yang betul, cuma struktur bangunan seperti sangkar, di mana lelaki dan wanita diasingkan dengan dinding dawai semata-mata.”
“Muhammad (kiri) sedang membuat upacara penyembuhan secara beramai-ramai. Untuk setiap pagi dan malam pesakit akan meminum minuman herba, berdoa, muntah dan akhirnya akan masuk ke dalam dunia khayalan hipnotik.”
“Untuk 10 tahun Anne dikurung dalam bilik tanpa tingkap dan menurut bapanya, dia tidak perlu makan banyak. Dia dahulunya suka berlari, tetapi kini tidak boleh berdiri.”
“Mengurung pesakit dalam sangkar sudah menjadi amalan biasa.”
“Kekurangan makanan adalah realiti yang ditempuhi pesakit setiap hari.”
“Saimun sudah hidup dengan penghadang kaki selamat 5 tahun. Dia berumur 40, tidak boleh bercakap dan tinggal bersama abangnya yang juga mempunyai masalah mental. Dia dan ibunya bergantung sepenuhnya oleh bantuan amal dari jiran-jiran.”
“Kakitangan sekolah berasrama penuh dilatih untuk menangani keadaan terlampau dengan pelajar mereka (kiri). Kaki Seapudin (kanan) sudah dikekang selama 9 tahun. Otot sudah mengecut kerana tidak digunakan.”
“Pesakit kekurangan makanan, pakaian, senaman dan juga interaksi sosial,”
“Tiada pembiayaan untuk perkara asas seperti makanan, projek seperti kemudahan, penyelenggaraan adalah tidak sama sekali.”
“Kehidupan pesakit adalah terhad kepada ruang yang sempit di mana mereka lakukan segalanya – makan, tidur, mandi.”
“Sesetengah keluarga pesakit membayar untuk sesi penyembuhan istimewa yang biasanya menggunakan pendekatan rohani.”
“Wanita muda dirantai di Bina Lestari Foundation (kiri). Wediodining Lawang Psychiatric Hospital (kanan) disahkan sebagai hospital mental terbaik di Indonesia. Ianya merupakan hospital pertama yang mempunyai jabatan geriatrik.”
“Katil merupakan salah satu kemewahan seorang pesakit boleh ada.”
“Interaksi sosial jarang berlaku dan tidak dilakukan secara sistematik.”
“Wediodining Lawang Psychiatric Hospital – dinobatkan sebagai hospital mental terbaik di Indonesia.”
“Hidup dalam kesendirian.”
EmoticonEmoticon