Wednesday 31 August 2016

Kisah seram ! Kisah SERAM Yang Terjadi Di Tingkat 13 KLCC !! Untuk yang ingin membaca , sila kuatkan jiwa anda !!

Tags
Kisah seram ! Kisah SERAM Yang Terjadi Di Tingkat 13 KLCC !! Untuk yang ingin membaca , sila kuatkan jiwa anda !!



YAALLAH MACAMANA LAH HATI MEREKA NIE YE AIR PANAS JADI BAHAN DAKAPAN ADIK INI..BERITA Kanak-kanak mati didera

Tags


Kes terbaru yg kini dibincangkan di media sosial



Kanak-kanak mati didera


,die simboh budok tu ngn air panas..die ingt budok tu pesng die bwk g klinik,rupe nye adik die mati..
Sblm ni die ambk puting rokok cocoh ke adik die,pah tu cubit ade kesan lebam atas pale..
Bdk tu mati dh baru ye bwk gi spital
Dlm 3 jam dh mati.panik agoknya baru wk gi spital
Kwn saya meksi kabo byk kesan lebam kt badan bdk tu..ade kesan melecur kt kaki.mybe air panas

About Siakapkeli

INILAH Permintaan TERAKHIR Banduan Bakal Dihukum Mati Hingga Mampu Membuatkan Polis MENANGIS...

Tags
YA ALLAH... BEBERAPA HARI LAGI NAK DIHUKUM MATI, BANDUAN INI DIBERI PELUANG UNTUK BUAT PERMINTAAN TERAKHIR.. SELEPAS POLIS INI BACA SURAT YANG DITULISNYA, TANGAN POLIS INI MENGGELETAR DAN MENISTISKAN AIR MATA... YA ALLAH... NAK TAHU APA YANG DIA TULIS ? JOM BACA.... MEMANG SEDIH DAN AKAN BUAT ANDA MENANGIS...
INILAH Permintaan TERAKHIR Banduan Bakal Dihukum Mati Hingga Mampu Membuatkan Polis MENANGIS ...

Seorang banduan akhir’, iaitu yang menantikan hukuman mati meminta sebatang pen dan sekeping kertas sebagai ‘permintaan terakhir’nya. Selepas menulis selama beberapa minit, banduan tersebut meminta pegawai penjara untuk menyerahkan surat yang ditulis itu kepada ibu kandungnya.
Surat itu berbunyi…
IBU…,
Sekiranya terdapat LEBIH keadilan di dunia ini, kita berdualah yang seharusnya dihukum bunuh, dan bukan hanya saya seorang. Ibu juga bersalah ke atas liku kehidupan yang saya jalani.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri basikal milik seorang budak lelaki yang sebaya saya? Ibu yang membantu saya menyorokkan basikal itu dari pengetahuan ayah.
INGATKAH IBU ketika saya mencuri wang dari dompet jiran kita? Ibu juga yang pergi bersama saya ke sebuah pasaraya untuk membelanjakannya.
INGATKAH IBU ketika saya bertengkar dengan ayah dan kemudian ayah pergi meninggalkan kita? Ayah sekadar mahu memperbetulkan diri saya kerana perbuatan saya mencuri keputusan akhir sebuah pertandingan yang menyebabkan saya dibuang sekolah.
IBU…
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak, yang tidak lama selepas itu saya menjadi seorang remaja yang bermasalah. Dan sekarang, saya hanyalah seorang lelaki yang rosak.
KETIKA ITU saya hanyalah seorang kanak-kanak yang memerlukan pembetulan, bukannya keizinan (untuk berbuat kerosakan).
TETAPI, SAYA TETAP MEMAAFKAN IBU….
Saya mohon agar surat ini sampai kepada seberapa banyak ibubapa di dunia ini, agar mereka tahu yang menjadikan seorang anak itu baik atau jahat adalah… PENDIDIKAN IBUNYA!!!.
Terima kasih ibu kerana MEMBERIKAN ‘nyawa’ kepada saya dan juga menyebabkan saya KEHILANGANNYA.
Dari anakmu,
(Seorang Banduan Hukuman Mati)
***********************************************
PELAJARAN BUAT IBUBAPA
Perkara paling sukar dalam usaha memperbetulkan masyarakat sekarang ini ialah untuk membuatkan seorang ibu SEDAR akan kesilapan diri mendidik anaknya. Lebih sukar lagi untuk menerima teguran tentang tabiat buruk yang telah berlaku pada anaknya sekalipun bukti terang nyata di depan mata.
Tiada guna adanya ayah yang tegas dan bijaksana sebagai ketua keluarga jika si ibu tidak telus dan tulus merujuk dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan anak-anaknya. Apabila sedar, keadaan sudah terlambat…. “Rebung sudah menjadi buluh”.
Lebih sulit lagi jika si Ayah juga jenis yang tidak ambil kisah. Hal ehwal keluarga dan urusan anak-anak diserahkan kepada isteri semata-mata. Urusan mencari rezeki dan persekolahan anak semuanya si ibu uruskan. Apabila anak bermasalah, mencuri, merempit, merogol, hisap dadah bahkan dilokap polis pun minta isteri juga yang uruskan.
Ramai sekali suami yang hanya tahu meniduri isteri sahaja. Lebih berat lagi jenis yang hari-hari minta duit isteri dan asyik keluar bersama rakan-rakan sampai ke tua. Ada pula yang kaki joli, ketagihan dadah, arak dan judi. Ada pula yang hanya mahu mencukupkan quota poligami sahaja. Kemudian dikuda pula semua isteri yang ada untuk turut ‘membaiayai’ dirinya. Hidup tidak ubah seperti ‘jantan sewaan’ sahaja.
Ada ibu yang berjaya melepasi ujian ini. Ada pula yang terpaksa membiarkan bukan sahaja anak, malah diri sendiri untuk ikut mencuri. Mungkin dia ‘terpaksa’ kerana itu sahaja punca nafkah buat mereka.
Apapun, perlu diingat bahawa tugas utama ibu adalah mendidik anak. Jika berjaya ibu melangkah ke syurga, maka jejak yang sama jugalah bakal diikuti oleh anaknya. JEJAK KAKI IBU itulah yang menjadi hakikat di sebalik ungkapan, “syurga itu di telapak kaki ibu”. Kisah Siti Hajar dan Ismail a.s. adalah antara contohnya.
Jika ibu sampai bersikap degil dan mungkar, maka jejak yang sama jugalah bakal ditiru oleh anak-anaknya. Kisah isteri dan anak-anak Nabi Noh a.s. adalah rujukannya.
Semuga kisah pendek ini ada motivasinya buat ibubapa di pagi Jumaat yang mulia ini.

Setelah Kantoi Kahwin 2 Ayah Ceraikan Isteri Muda… Namun Setelah 15 Tahun Baru Ibu Tahu RAHSIA Sebenar!!!

Tags
Setelah Kantoi Kahwin 2 Ayah Ceraikan Isteri Muda… Namun Setelah 15 Tahun Baru Ibu Tahu RAHSIA Sebenar!!! | Poligami bukan hal remeh. Ramai lelaki seronok bila bercakap tentang topik poligami. Seronok bila punyai isteri lebih dari seorang. Seronok memikirkan nikmat batin yang boleh dirasai. Wahai lelaki, bacalah kisah ini semoga menjadi panduan dan pedoman di hari muka.
poli
Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kisahkan hakikat sebenar poligami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami bukan hanya sekadar berkhawin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih berat dari itu.
Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998, ayah aku kantoi dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan . Pada masa tersebut dia sudahpun ada seorang anak dengan perempuan tersebut. Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik beradik yang masih kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak-anak lalu ayah aku ambil kesempatan untuk menikah lain. Walaupun masa itu aku berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku bawak semua adik-adik beradik aku, ada yang berdukung, ada yang dalam stroller pergi rumah perempuan itu. Lebih mengejutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki saja jaraknya! Dekat! Mungkin dlm 200-300 meter away. Semestinya mak aku terkejut dan kecewa dengan tindakan ayah aku untuk bernikah lain walhal rumahtangga dijaga elok, hari-hari masak, kemas rumah dan jaga anak-anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?
Setibanya di rumah perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah perempuan itu maka mulalah mak aku mengamuk sehinggalah ayah aku melafazkan cerai terhadap perempuan tersebut secara lisan dan bertulis. Mak percaya bahawa ayah tidak lagi berhubung dengan perempuan tersebut dan cerita ini berakhir disini. Sejak dari peristiwa tersebut, perniagaan ayah tidak menjadi dan bankrup. Tiada wang yang mencukupi kami terpaksa pindah ke rumah nenek ( mak kepada ayah ) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebabai pemandu teksi untuk mencari duit belanja demi anak-anak.
Hari-hari si ayah keluar mencari rezeki namun bila pulang malam hanya sedikit saja duit belanja yang ada untuk mak. Mak bersabar kerana begitulah suami isteri, susah senang bersama, perlu bertoleransi. Lagipun duit pendapatan jual kuih dan nasi lemak juga ada sedikit untuk meringankan beban keluarga. Tahun berganti tahun, ada sahaja yang tidak kena. Teksi ayah kerap rosak dan sewa teksi semakin tertunggak. Selalu juga mak keluarkan duit simpanannya untuk bantu ayah bayar sewa tertunggak, kos baiki atau kos deposit keluarkan teksi baru. Mungkin Allah nak duga, mak bersabar lagi.
15 tahun kemudian (2013)
Rezeki si ayah nampaknya semakin sempit, teksi yang dibawa semakin kerap rosak walaupun sudah bertukar-tukar kenderaan. Wang tidak juga pernah cukup diberikan sehingga terpaksa meminjam pak long, pak ngah dan adik beradiknya yang lain. Kadangkala ayah kata terima job outstation, mungkin hantar orang ke Penang, Kedah atau mana-mana tempat lain. Jadi dia tidak pulang dan bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan minta mak keluarkan simpanan mak untuk dipinjam. Si emak pun berilah duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia bermalam di sana. Sehinggalah, satu hari emak mendapat berita dari makcik-makcik ( gossip girls) yang mereka pernah lihat si ayah bersama dengan perempuan lain (perempuan yg diceraikan 15 tahun lepas ). Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15 tahun sudah berlalu rupanya si ayah ini masih ligat menipu dan berdusta. Maka tidak hairan rezekinya sempit dek berdusta tak sudah. Dan bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di daerah yang sama dan mendapat tahu sudah punyai 2-3 orang anak pula. Bila dia rujuk semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang untuk tidak menipu lagi?
Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir IIUM. Serabut juga kepala otak memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15 tahun. Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, masak hari-hari, mengasuh anak-anak, menyiapkan pakaiannya hari-hari. Mak tak pernah makan malam sebelum ayah pulang. Begitu setianya emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat tahu, maka hari-hari mak ayah bergaduh. Ayah juga pernah pukul emak sehingga lebam-lebam. Abang-abang aku kerja, jadi akulah yang lebih fleksibel untuk pulang ke rumah menenangkan dan melindungi emak. Pointer drop sikit demi sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd class 😉
Pernah sekali aku bermaki-makian dengan ayah aku dan hampir bertumbuk namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya untuk ditenangkan. Kini si ayah semakin terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang, hutang kawan-kawan, hutang adik-beradik, hutang along dan ceti pun ada. Duit itu kami semua tak tahu kemana. Barangkali untuk menyara keluarga sebelah sana. Lebih mengeruhkan keadaan, perempuan itu memaki, menfitnah mak aku di Facebook. Mak pernah terbaca mesej antara dia dan ayah. Barangkali jika dia kata dia outstation, sebenarnya dia tidur di rumah sana.
Kes semakin melarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah. Mereka dipanggil untuk kaunseling. Mak kemudian, membuat permohonan fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada rekod jenayah cabul sewaktu kami kecil.Namun didiamkan kerana bimbangkan anak-anak membesar tanpa ayah.Kami cari rumah sewa kerana bimbang si ayah akan bertindak gila memberi tekanan kepada emak. Dalam tempoh setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula ke rumah lama. Si emak tidak berbincang dengan anak-anak terus pulang ke sana. Kes fasakh ditarik semula.
July 2016,
Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini sundalnya itu
Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anak-anak memberikan sedikit duit belanja semampu kami. Emak, ligat menjual kuih keripap, kaswi dan kuih raya. Si ayah mula berkopiah dan sering ke masjid. Namun, sering juga dia meminta wang untuk bayar ceti. Masalahnya, duit yang dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak tahu menahu jika tiada orang beritahu. Pasti untuk perempuan sundal itu. Dia minta bukan sedikit tetapi RM7,000. Dia mula naik gila, menghalau emak dari rumah itu, sedangkan rumah itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak berniaga. Dia tidak bekerja, dan terus menipu saja. Katanya berambus engkau. Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan 30 ribu dahulu baru dia lepaskan. Video ada dirakam oleh emak. Aku pun pelik dengan ayah aku ini. Kenapa dia masih nak menzalimi mak, menganiaya mak? Pergilah berambus dengan perempuan sundal tu.
Dia mula menyuruh abang sulungku membuat pinjaman peribadi. Katanya akan bayar semula RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja emak, RM50 sebulan pun dia tidak beri. Dia mula menengking nengking. Sifat sebenar dia sudah mula ditonjolkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertumbuk dengan dia. Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula kes fasakh, dan mahkamah membenarkan untuk bawa mak keluar. Kes akan dibicarakan bulan hadapan, doakan agar kali ini kes selesai noktah.
Berpoligami itu memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu dititikberatkan. Isteri yang baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan menipu isteri/ suami. Allah itu Maha Adil. Jangan memandang enteng isu poligami.
Ini kisah benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku. Kini, dia hutang keliling pinggang, ceti along sedang mencari. Rumah yang lama sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada. Isteri yang selama ini yang menyokong sudah tiada, anak-anak sudah pun beri peluang namun masih yang sama, memudaratkan. Kami anak-anak lelaki perlu lindungi emak. Kerana dia syurga, dia segalanya. Aku hanya minta mak aku dilepaskan dari seksaan ini. Emak juga ada hak hidup bahagia. Jika kau kata berpoligami murah rezeki, aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untuk murah rezeki. Sekian

Tak dapat bantu pun tak ape janji dapat share, supaya kawan2 mendoakan adik kita ini dipanjangkan umurnya dan disembuhkan penyakitnya,semoga tabah menghadapi dugaan ini.... amin .

Tags
Tak dapat bantu pun tak ape janji dapat share, supaya kawan2 mendoakan adik kita ini dipanjangkan umurnya dan disembuhkan penyakitnya,semoga tabah menghadapi dugaan ini.... amin .









Balik UK Isteri Perangai Pelik..Rupanya Ini Sebenar Berlaku Buat Aku TAKUT !!!

Tags
Balik UK Isteri Perangai Pelik..Rupanya Ini Sebenar Berlaku Buat Aku TAKUT !!! |Saya seorang suami dan telah berkahwin selama 8 tahun. Sebelum ini saya bekerja di UK selama 6 tahun akan tetapi selepas isteri kehilangan bapa. Isteri berhasrat untuk pulang ke Malaysia dan dia berjanji serta bersedia susah senang bersama.
Capture
Kini selepas hampir 2 tahun di Malaysia saya mula menghadapi masalah rumahtangga yang agak serius. Isteri saya mula menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama. Saya akui masalah ini berpunca dari saya mengabaikan isteri ketika memerlukan perhatian lerr akan tetapi saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin. Saya sibuk mencari nafkah bukan melepak dengan kawan-kawan.
Saya seorang bisnesman yang baru mula merangkak memang kekangan masa agak memerlukan saya ditempat kerja. Niat saya adalah untuk mencari kesenangan untuk isteri dan anak-anak. Sebab kalau boleh biarlah pendapatan yang saya miliki seperti pendapatan saya di UK.
Masalah yg berlaku saya kongsikan bersama adik-beradik mertua dan mak mertua. Mereka memberi cadangan supaya membuat perubatan islam darul syifa. Yang memeranjatkan memang isteri terkena sihir pemisah rumahtangga dari ex-isteri saya. Saya cuba bawa isteri untuk berubat akan tetapi isteri mengatakan saya lah yang menyihir isteri saya sendiri.
Kini keadaan semakin buruk dimana isteri telah menfailkan surat fasak pada makamah. Pada permulaan isteri meminta cerai sebab saya melebihkan adik-beradik, sekarang isteri meminta cerai sebab memburukkannya pada family mertua.
Persoalannya adakah bila saya menceritakan hal yang memerlukan nasihat dari mak mertua dan adik-beradik mertua saya dianggap seorang yang suka memburukkan isteri?
Selain perubatan islam bagaimana cara memujuk isteri yang hatinya keras untuk kembali kepada saya? saya tahu isteri saya tak bersalah. Isteri memerlukan seorang khalifah yang boleh membimbing. Isteri dijadikan dari tulang yang bengkok mudah terpengaruh dengan suasana dan tekanan.
Saya buntu sekarang. saya amat menyintai isteri saya, saya tiada niat sebesar zarah pun memburukkan isteri saya, mungkin cara saya salah .saya tidak mahu berpisah dengan isteri.saya tidak boleh hidup tanpa isteri di sisi.-KRT