Wednesday 21 September 2016

Sayu : Detik pilu .. (7Gambar) suami isteri iringi jenazah ibu turut dijemput ajal kemalangan

Tags
loading...

Sayu : Detik pilu .. (7Gambar) suami isteri iringi jenazah ibu turut dijemput ajal kemalangan

Sayu : Detik pilu .. (7Gambar) suami isteri iringi jenazah ibu turut dijemput ajal kemalangan

Sayu : Detik pilu .. (7Gambar) suami isteri iringi jenazah ibu turut dijemput ajal kemalangan

MARAN : Sepasang suami isteri yang mengekori van membawa jenazah maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan me­langgar sebatang pokok kelapa sawit di Kilometer 39, Jalan Temerloh-Jengka, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pu­kul 12.35 tengah malam itu, Mohamad Rizal Puteh, 37, dan Siti Munawarah Mohd. Zakri, 27, dalam perjalanan dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh ke Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut bagi mengiringi van yang membawa jenazah ibu Mohamad Rizal.

ARTIKEL MENARIK: SEDIH GILER !!! (6 Gambar) Bayi Dan Kanak-Kanak Maut Di Sekinchan Pagi Tadi
Difahamkan, ibu lelaki tersebut meninggal dunia di hospital berkenaan akibat sakit tua.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mat Rizal Mat Radzi berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Temerloh ke arah Jengka.
“Apabila tiba di tempat keja­dian, kereta dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke la­luan bertentangan dan me­rempuh sebatang pokok kelapa sawit.
“Rempuhan berkenaan meng­akibatkan kedua-dua mangsa ter­sepit di dalam kereta dan me­ninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.
Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B1.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B3.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B4.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B5.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B6.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh%2B7.jpg

Mohamad%2BRizal%2BPuteh.jpg
Menurut Mat Rizal, mayat ke­dua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dibawa ke di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut untuk urusan pengebumian.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.
“Siasatan awal mendapati lo­kasi kejadian merupakan jalan lurus selepas selekoh tajam dan semasa kejadian, permukaan jalan adalah basah,” katanya.
Sementara itu, seorang saudara mangsa, Azhar Abdul Aziz, 32, berkata, semasa kejadian dia memandu kereta berasi­ngan di belakang van jenazah tersebut sebelum dipotong kereta dinaiki Mohamad Rizal dan Siti Munawarah berhampiran Jengka 17.
“Saya hanya mengetahui tentang kemalangan maut itu setelah menerima panggilan daripada kakitangan hospital semasa tiba di rumah,” katanya. UTUSAN
Sumber : ceritagempakkomuniti


EmoticonEmoticon