Tuesday, 20 September 2016

PELAKON JELITA DISAHKAN MATI SEBAB KANCER DIA ENGGAN MENEJALANI KEMOTERAPI..SIAPKAH PELAKON CANTIK YG POPULAR ITU!!!!!

Tags
loading...

Ajal enggan jalani kemoterapi

Beijing: Seorang pelakon muda meninggal dunia akibat kanser selepas enggan menjalani rawatan kemoterapi sebaliknya memilih menggunakan kaedah tradisional untuk melawan penyakit itu.
Xu Ting, 26, meninggal dunia awal bulan ini selepas mengumumkan menghidap limfoma, Julai lalu kepada 30,000 pengikutnya di laman media sosial popular China, Weibo.
Xu turut mengumumkan enggan menjalani kemoterapi kerana ‘mahu hidup gembira setiap hari’ dan bimbang kesakitan akibat rawatan berkenaan hanya akan menyebabkannya sengsara.
“Saya tidak mahu kehilangan semua kecantikan dan bakat yang ada dalam diri ini hanya kerana kesengsaraan akibat kemoterapi.
“Sebaliknya saya memilih perubatan tradisional Cina, terutama sesi harian bersama seorang tabib yang melakukan rawatan termasuk bekam dan akupunktur.
Kematiannya mencetuskan debat di Internet dengan ada yang menganggap dia sepatutnya masih hidup jika menjalani kemoterapi.
Xu mengongsikan kesan rawatan dialaminya termasuk luka dan lebam akibat bekam.
Namun dia semakin lemah menyebabkan kakaknya sendiri turut menyelar amalan itu dan menggelar tabib terbabit sebagai penipu.
Xu akhirnya memilih menjalani kemoterapi sekitar Ogos lalu tetapi sudah terlambat kerana sistem imunnya terlalu lemah sebelum meninggal dunia pada 7 September lalu.
Ada juga yang berpendapat Xu sepatutnya menjalani kedua-dua jenis rawatan dengan kemoterapi sebagai kaedah utama untuk mengawal tumornya manakala perubatan Cina dilihat mampu meringankan gejalanya. - Agensi


EmoticonEmoticon