Inilah Budak Yang Kurang Ilmu Agama Yang Hina Dan Caci Pemergian Arwah Tuan Guru Dr Harun Din. Dahla Di Kecam Netizen..
Dia boleh balas dgn post ni pulak.
Marilah kita doakan semoga budak ni tak jauh sesat.
Untuk membalas ilmu cetek budak ini, marilah kita luangkan membaca artikel ini
ALMARHUM DATO' DR HARON DIN & KEBUMI DI USA
Saya ada beberapa pengalaman menarik bersama Al Marhum Dato' Dr Haron Din, pertama kali berceramah satu pentas dengannya adalah pada tahun 1999 di Johor di hadapan puluh ribuan manusia. Juga teruja suatu ketika dahulu apabila mendapati beliau turut duduk di saf hadapan untuk mendengar ceramah muamalat yang saya sampaikan di Surau an-Nur, berdekatan rumahnya. Tatkala ada soalan berkaitan ASB dari hadirin, saya mempersilakan Al Marhum untuk mengulas terlebih dahulu sebelum saya menambah 'perisa' dan faktanya.
Manakala, paling menarik bagi saya adalah berbincang akan kaedah terbaik untuk taqrib beberapa aliran kefahaman Islam di Malaysia pada tahun 2004 di sebuah bangsal kecil di kebun beliau. Semoga sumbangannya kepada Islam yang begitu banyak di Malaysia khususnya diganjari Allah swt. Beliau juga salah seorang pioneer Kewangan Islam di Malaysia.
Akhirnya, ajal beliau berakhir di sebuah negara yang sangat jauh dari tempat lahirnya. Sebenarnya itu satu kemuliaan juga..
مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده
قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟
قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .
Ertinya: Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah, maka Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
“Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya"
para sahabat bertanya :
"Kenapa begitu wahai Rasulullah? "
Baginda bersabda, yang maksudnya:
"Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala seluas) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga" (Riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Majah : Hadis Hasan)
Menurut para Ulama, kelebihannya adalah mendapat ganjaran seluas jarak tempat kelahiran dan tempat ajalnya hatta bagi seseorang yang dilahirkan di Madinah itu sendiri, masih menjadi kelebihan meninggal di luar Madinah.
Selain itu, hadis ini turut membawa isyarat bahawa memindahkan jenazah dari tempat kematian ke negara asalnya adalah tidak digalakkan. Kecuali jika tiada tanah perkuburan Islam di sesebuah negara tersebut. Adapun semata-mata negara AS itu bukan sebuah negara Islam, itu tidak menjadikan tanahnya kotor sama sekali, kerana yang kufur adalah hati sebahagian manusia yang hidup di atasnya, manakala tanah AS itu sendiri adalah bersih dan milik Allah jua.
#DrZaharuddinAbdRahman
EmoticonEmoticon