Sunday, 18 September 2016

Kakitangan Hospital Kerajaan Mulut Longkang - luahan ummi

Tags
loading...

Semalam 2 orang demam. Sebelum semalam dah 3 orang masuk wad kerana demam, seorang tu dimasuk OAC sebab demam tinggi. Kandungan masuk 34 minggu. OS 5 cm.


Semalam 2 orang demam. Sebelum semalam dah 3 orang masuk wad kerana demam, seorang tu dimasuk OAC sebab demam tinggi. Kandungan masuk 34 minggu. OS 5 cm. Selepas 48 jam masuk wad, barulah beranak. Semasa dalam OAC semput pulak. Alhamdulillah selamat beranak secara normal.

Yang seorang berlaku pendarahan. Kandungan baru masuk 27 minggu. Bila diperiksa kedudukan uri di bawah , menyebabkan berlaku pendarahan. Mesti tinggal rehat di wad sahaja. Yang seorang suhu tinggi, demam ada jangkitan kuman.

Semalam, saya hantar seorang pelatih pukul 10.20 pagi. Hantar terus ke bilik Saringan sebab kandungan sudah masuk 33 minggu. Oleh kerana suhunya tinggi dimasukkan ke wad untuk pemantauan.
Saya ada urusan di JKSP untuk menjamin keluar yang sudah selamat melahirkan anak. Pukul 11.30 pagi balik ke rumah. Sampai di rumah, warden bagitahu, ada seorang lagi demam. Pukul 1.30 tengahari hantar seorang lagi demam, suhu tinggi.

Berurusan di kaunter, Bilik Saringan. "Semalam sorang, pagi tadi sorang, ni sorang lagi. Apa pasal asyik demam je pelatih Baitus Solehah."

"Mereka sehati sejiwa, demam pun berjemaah, bukan solat saja berjemaah." Hari ni hantar lagi 2 orang pelatih demam. Jumlah pesakit menetap di wad ialah 6 orang, seorang yang melahirkan anak sudah discaj.

Kalau orang mengandung demam, saya bimbang , mana tahu ada kesan pada bayi di dalam kandungan. Tapi....

Yang tidak sedap didengar, ada yang merungut, "asyik asyik Baitus Solehah, takde orang lain ke?"

"Nak tanya, berapa juta penduduk negeri Johor ni? Kenapa pelatih Baitus Solehah ni aja ke yang penuhkan wad?"

"Salah ke bawa orang demam menerima rawatan? Apakah sebab depa berstatus ibu tunggal takde suami, mereka tak layak menerima rawatan!!!?"

Alangkah bagus, jika tidak ada apa apa nak diperkatakan, kita diam. Kita manusia, ada kelemahan , ada kekurangan, jadi saling tegur menegur untuk penambahbaikkan

Info Paling Meletop:


EmoticonEmoticon