Bissmillahirohmanirahim; Aku nak story pasal rumah tok, tak tau cara penyampaian ni kena atau pun tak horror maafkanlah yyer; Rumah tok aku ni, kalau ikutkan di belah belah utara selatan sana; bukan rumah yang bersimen batu, cuma berkayu dan mmg sangat lama sbb jenis tandas yang kat luar; macam cerita P.Ramlee dulu-dulu, Rumah tok ni jenis tinggi; tiangnya sangat tinggi; agak lebih kurang 15 anak tangga untuk sampai ke laman depan(pintu utama); Arwah Tokki dulu, sorang penghulu kampung; ramai org kampung kenal dgn tokki aku dulu, rujuk apa apa mmg mengadap tokki; ikutkan kisah ni aku masih dalam lingkungan belasan tahun; 12 atau 13 tahun, yang pasti cuti sekolah, dah jadi satu acara ataupun satu kebiasaan kalau cuti sekolah mak ayah antar aku dgn abg aku ke kampung, arwah tokki dulu garang; kami berdua selalu kena libas dgn kain pelikat gulung dia sebab taknak ke masjid; alasan aku selalu sakit perut walhal uzur belum kenal lagi, nak di jadikan cerita; petang khamis tu; arwah tokki dah pesan dkt abg aku; "Ikut aku ke masjid, sebab ada makan2; dah suruh tokki kau masakan kuih sekaya; nanti kau bawak sekali, tokki kena pegi awal, beduk takbunyi bilal balik kampung bini" aku tengok abg aku angguk kan saja. Arwah tokki selisih aku masa aku tengah ralit tarik2 rambut gatal; dah jadi tabiat, agak kalau lelama boleh botak kepala aku; arwah tokki aku kata, "Kau nak bagi alasan apa kali ni taknak ke masjid?" Aku sengih jjer; tok aku pun jawab, "Biarlah tokki nnyer; temankan kami sini sorang malam2 seram jugak" tok memang baik, kalu aku dgn abg buat salah tok mmg back-up, contohnyyer aku matikan dgn sengaja anak ayam tokki; kami dua letak dalam plastik bag; main lambung2 ala buai laju2. Aku cuma dengar arwah tokki merengus; menindakkan pun tak, tapi yg pasti aku mmg tak pergi; di kecualikan agaknya; maghrib hampir menjelma, aku tgk abg dah start motor dan sediakan bekas makanan yg tok kirimkan; selempang arwah tokki tersadai kat ruang depan, tokki dah lama pergi; tok dah bebel sbb aku tak tutup tingkap rumah; malas gila nak gi tutup satu satu, Dah settle tutup pintu semua; aku lalu depan pintu bilik tok; memang jarang aku jenguk boleh kira dgn jari sbb arwah tokki marah cucu2 depa masuk dalam tu; so tah mana hilangnnyer tok; aku melangkah masuk; bilik depa bila aku masuk; satu jjer dalam kepala *seram* sebab almari; katil semua jenis yg sangat lama, tah susah aku nk gambarkan; sebab suasana tu bila kauorang tengok; ala ala rumah yg dah lama di tinggalkan; tapi ada satu almari baju yg bercermin; sisi tepi cermin tu memang berlumut atau dah mula hitam2 dan berkabur; Aku berdiri di hadapan cermin tu; menyentuh lumut2 cermin tu, lama aku merenung; rasa macam satu perasaan ingin tahu dan menarik perhatian; lama aku renung cermin usang tu, makin lama aku rasa makin terbuai2 rasa macam aku nampak aku cantik; berkebaya biru terang; berbatik lengkap; muda aku macam anak dara, tanpa sedar aku dah capai sisir sikat jenis berkayu; bercorak di hujung; Makin aku sikat rambut; makin aku rasa terbuai-buai; suasana masa tu; nyaman ya rabbi, aku rasa aku macam anak dara yang di gilai ramai; hati kecil aku memuji betapa (cantiknya) aku; dan tetiba sedang aku leka; pintu dalam bilik depa tu tertiba terkatup kuat; suasana jadi gelap, langsir depa semua beralun laju; macam ada ribut dalam bilik tu; aku Tengok cermin Tok balik, perempuan! Ada perempuan dalam cermin tu; dia tengah sisir rambut sambil nyanyi atau ber(humming); sampai skrg aku ingat; sengihan dia buat aku sedar diri! Perempuan tu mula ketawa kecil; suasana makin gelap, bulu roma aku dah meninggi; belakang kepala aku dah mula rasa seram sejuk; tapi aku taklepas pandang perempuan tu; makin lama makin kuat dia ketawa, almari tok dah bergerak kecil; daripada ketawa dia mula menangis hiba; Dia menunduk; mata aku terus tertatap cermin berpenghuni tu, pabila dia mendongak; ya Allah!!! Perempuan yg cantik tadi bertukar wajah; bukan cantik tapi makin buruk, wajahnya berkedut tua, mulutnya berdarah; airmata mengalir tepi pipi dia, kaki aku sejuk; dah taktau apa nak fikir; Perempuan tu pulak makin lama; makin dekat dah semacam nak tembus cermin tu, nafas aku terhenti bila perempuan tu dah mula sebut nama aku; sambil menangis; dia sebut nama tok aku, Dia kata; dia sedih sebab tok aku dah taklama, nanti dia tak bertuan; dia ketawa sambil pandang aku, dia hulurkan tgn dia, dia merayu aku ambil dia; makin lama suara dia makin satu; tah mana kekuatan yg aku dapat; sekuat hati aku jerit aku taknak dia; suasana makin gelap, berangin, katil tok aku bergegar; aku menutup mata aku rapat; Telinga aku mendengar rintihan dia; jeritan dia main kuat; makin lama makin kuat; dia kata sampai keturunan aku dia akan tuntut; dia kata aku bakal jadi belaan dia; suara dia mengilai buat aku lemah; aku pandang dia, perasaan aku masa tu; sedih bila tengok dia merintih; aku bergerak ikut lenggok kepala dia; aku ikut kata kata dia; Yang aku ingat ayatnya (Aku nak cantik, kena cantik,) berulang2; wajah perempuan yg buruk mula bertukar cantik; dan tangannya mula memengang tanganku; kaki aku dah longlai; entah macam mana, aku sedar aku dah terjaga sebelah tok dan tokki, Bila aku tanya apa jadi, depa kata aku pengsan sbb letih; bila depa beredar; aku tanya abg, abg kata aku menangis sambil kepala bergerak2 dgn tangan tergapai2 bila tok jumpa aku, bila tok sentuh bahu aku; aku mula berubah gaya; Aku serang tok; aku tarik rambut tok, aku kata tok tak bagi (seri) makan; aku punya suara jeritan, buat paklong sebelah rumah tok dengar; depa datang sedarkan aku; aku merintih bila paklong azankan aku, depa kata lenggok aku; lenggok anak dara zaman dulu; aku bahaskan diri aku SERI; SERI si penggoda lelaki zaman dahulu, aku perempuan cantik; aku paling cantik; jelingan aku, gaya aku, tak ubah seperti anak dara 20 an walhal aku baru 12/13 tahun masa tu; Histeria yg aku lalui; kalau kauorang tanya apa rasa? Kosong; gelap, umpaman aku tidur, cuma sesekali pandangan rumah dan paklong ternampak; kelibat mereka; tapi suasana gelap kembali; Sejak dari tu, aku dah seram nak tengok cermin lama2; terutama maghrib; SERI; nama dan nyanyian dia tu aku ingat sampai bebila; dan kdg kala aku rasa, pergerakan aku di perhatikan; Kdgkala; bila tidur lewat malam, SERI dan nyanyian dia sering mengetuk minda aku; Ada beberapa lagi gangguan; mungkin nanti (itupun cara penceritaaan aku di terima) maafkan salah silap cerita pendek yg tak berapa seram ni; |
Home
Unlabelled
[Misteri] Rumah Tok Berhantu? YANG SERAMNYA MAKIN SIKAT RAMBUT KAT CERMIN RASA MAKIN CANTIK PULA..TIBA TAK PERASAN........................
Saturday, 10 September 2016
[Misteri] Rumah Tok Berhantu? YANG SERAMNYA MAKIN SIKAT RAMBUT KAT CERMIN RASA MAKIN CANTIK PULA..TIBA TAK PERASAN........................
loading...
loading...
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon