Salam buat rakan-rakan semua, diharap korang sihat hendaknya.. misteri, misteri dan terus menjadi misteri.. entry kali ni pun tentang kisah misteri.. ya di johor memang banyak kisah misterinya.setelah nh siarkan kisah seram yg berlaku di sebuah kompleks kemayan city, kali ini nh nak kongsi kisah seram disebalik perkuburan Mahmodiah pula, kalau orang johor rasanya ada yg sudah tahu kisah-kisah seram disini, lagi-lagi pemandu teksi seperti encik zahrinpasti beliau dan rakan-rakannya sudah masak benar dengan cerita seram mahmodiah yg terletak berdekatan Hospital Sultanah Aminah ni.. Ok tanpa membuang masa mari kita baca kisah yg Nh ambil dari satu sumber…
Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya arah tujuan wanita berkenaan. Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah.
Kadir pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor.
Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.
Kadir lantas bertanya “Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?” Wanita itu terus berkata, “awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama”..
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu.
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Masa perang Jepun dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi, macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati. Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! tak tahu pula diorang berbaris macam mana.. Wallahualam..
Korang pernah baca entry nh yg bertajuk pengalaman seramku? di yayasan johor ini lah tempat yg nh maksudkan.. sebab dulu arwah abah nh bekerja disini.. kalau tak silap dulu namanya kelab jepun..
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
macam mana setelah korang baca kisah seram di mahmodiah ni, ada rasa meremang tak bulu roma korang.. hehe.. ingat yer segala yg nh kongsikan anggaplah sebagai satu hiburan, iblis dan syaitan memang sentiasa ingin memesongkan hati kita, jadi korang faham kan apa yg nh nak sampaikan.. terima kasih diatas sokongan rakan-rakan dan pembaca blog nasir.. semoga korang sentiasa sukses dalam menempuh liku-liku kehidupan ini..
EmoticonEmoticon