Saturday, 10 September 2016

Abang Pos Laju Ni KENA LANGGAR Kereta. Tindakan PERTAMA Dia Buat Wartawan Metro MENANGIS !!!

Tags
loading...

Abang Pos Laju Ni KENA LANGGAR Kereta. Tindakan PERTAMA Dia Buat Wartawan Metro MENANGIS !!! | “Apa saja yang berlaku, saya akan pastikan barang pelanggan sampai ke tangan mereka tidak kira saya kemalangan atau pun terpaksa bekerja sehingga waktu malam.”
GAMBAR Mohd Nazli yang menjadi viral di laman sosial. FOTO Facebook/Rizan Ahmad
Itu prinsip kerja yang diterapkan Mohd Nazli Mohd Idris, 32, dalam dirinya sejak lima tahun bekerja dengan Pos Laju Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Gambar Mohd Nazli yang cedera akibat kemalangan namun masih memegang erat barangan pelanggan menjadi viral di laman sosial.
Paling menyentuh hati, gambar Mohd Nazli memegang telefon bimbit membuat panggilan kepada pelanggan walaupun dalam keadaan kesakitan, turut dikongsi di laman sosial.
“Sebelum itu ada seorang pelanggan iaitu seorang guru menelefon saya memberitahu yang barangan dia mesti dihantar hari berkenaan kerana perlu digunakan segera.
“Jadi saya meminta dia datang ke tempat saya kemalangan untuk mengambil barang itu dan dia datang ucapkan terima kasih kepada saya,” katanya.
Kemalangan di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 4 petang semalam membabitkan kereta dipandu lelaki dan menyebabkan Mohd Nazli cedera di siku, pinggang, lutut, bahu dan belakang badan.
“Masa kejadian itu saya lihat di cermin sisi kereta berkenaan yang dipandu laju dan memotong kenderaan di belakang, tiba-tiba merempuh motosikal saya.
“Akibat perlanggaran itu, saya terjatuh dan terseret 2 meter serta barangan yang saya bawa dalam tong pos itu tercampak ke tengah jalan.
“Saya duduk di tepi jalan, bersandar pada motosikal dan rasa seperti nak pitam. Saya gagahkan diri kutip semua barangan itu kerana ia sememangnya barangan penting melibatkan kad kredit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia perlu menjaga barangan itu kerana ia sudah diamanahkan kepadanya.
“Saya takut ada ‘penyangak’ ambil barang dan bukan membantu saya ketika kemalangan serta bimbang saya akan dipersalahkan sekiranya barangan pelanggan hilang.
“Saya sebenarnya bernasib baik kerana kerana tong yang diletakkan di belakang motosikal itu mengurangkan impak kemalangan tetapi tong berkenaan terbuka sehingga barangan tercampak keluar,” katanya yang dalam perjalanan ke Taman Puteri Gunung.
Dia dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Perdana, Taman Tempua, Simpang Ampat dan diberikan cuti sakit selama tujuh hari.
Laporan polis pula dibuat di Balai Polis Daerah Jawi, Seberang Perai Selatan.
Mohd Nazli mengakui seronok bekerja sebagai posmen kerana dapat berkenalan dengan ramai orang dan komited menjalankan tugasnya setiap hari.
“Dalam keadaan saya sakit, saya baca komen di Facebook (FB) dan tersentuh sebab ramai orang masih faham tugas kami.
“Alhamdulillah, sesetengah pelanggan mempunyai anggapan baik kepada kami tetapi kami tetap perlu berhadapan bermacam-macam ragam seperti memaki hamun kami jika barang lambat sampai.
“Betul, sebab kita dah diamanahkan kerja untuk menjaga barang pelanggan dan perlu utamakan mereka dulu walaupun dalam keadaan sakit,” katanya. KREDIT HARIAN METRO


EmoticonEmoticon