Sunday, 4 September 2016

SKMM SEDANG MENYIASAT SIAPAKAH DALANG siasat siapa eksploitasi ‘Kak Ros’ dalam Upin Ipin

Tags
loading...



SKMM siasat siapa eksploitasi ‘Kak Ros’ dalam Upin Ipin

Ia susulan pendedahan mengenai watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi itu yang dipaparkan dengan ilustrasi seksi melampau.
mcmc_kak-ros
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti dan menyiasat elemen lucah dalam siri animasi Upin dan Ipin yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
Tindakan itu dibuat susulan pendedahan semalam mengenai watak ‘Ros’, kakak garang dalam siri animasi itu yang menjadi mangsa eksploitasi dengan memaparkan watak itu dengan ilustrasi seksi melampau.
“Hasil maklumat awal yang diterima mendapati, imej lucah tersebut merupakan imej cekupan skrin daripada siri asal yang ditayangkan dan telah diubah suai menjadi gambar lucah.
“Buat masa ini, SKMM sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab mengubah suai dan memuat naik kandungan tersebut untuk tindakan selanjutnya,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
SKMM turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung perkara itu untuk melaporkannya kepada SKMM bagi membantu siasatan.


EmoticonEmoticon