Saturday 3 September 2016

'Saya sayang awak, I miss you' merupakan kata-kata akhir seorang lelaki kepada bakal isterinya !!

Tags
loading...

GUA MUSANG - 'Saya sayang awak, I miss you' merupakan kata-kata akhir seorang lelaki kepada bakal isterinya, sehari sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 56 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini, awal pagi semalam.

Berkali-kali arwah mohon maaf

Mangsa, Muhamad Tarmizi Zakaria, 24, beralamat di Felda Chiku 1, sepatutnya diijabkabulkan dengan pasangannya, Tuan Hanisha Tuan Besar, 20, dalam masa 10 hari sahaja lagi, namun ketentuan ALLAH SWT melebihi segalanya.

Muhammad Tarmizi maut di tempat kejadian setelah kereta dinaikinya terbabas dan kejadian turut menyebabkan dua rakan yang menaiki kereta tersebut bersamanya cedera parah.

Tuan Hanisha ketika ditemui berkata, dia pasrah dengan ketentuan Ilahi sambil berkongsi sedikit cerita ketika arwah bakal suaminya itu menghubunginya sehari sebelum kejadian.

"Dia telefon saya sehari sebelum kejadian dan minta agar saya maafkan segala kesalahannya. Berkali-kali dia mohon maaf atas segala kekhilafannya sebelum mengakhiri perbualan dengan kata-kata 'saya sayang awak dan I miss you.

"Kali terakhir saya jumpa arwah adalah dua minggu lalu ketika saya ke rumahnya untuk bincang mengenai persiapan kahwin yang ditetapkan pada 10 September ini," katanya sebak.

Tuan Hanisha turut memaklumkan, Allahyarham Muhamad Tarmizi ada memaklumkan kepadanya bahawa dia akan bergerak ke Kota Bharu malam kelmarin bersama dua rakannya.

"Saya pesan supaya dia berhati-hati semasa memandu kerana dia yang pandu kereta milik rakannya itu," katanya.

Lebih memilukan, segala persiapan perkahwinan mereka seperti hiasan bilik, cenderahati dan barangan hantaran telah siap sepenuhnya.

image (35)


EmoticonEmoticon