Muhammad Ziyad Zolkefli pemenang EMAS lontar peluru Paralimpik ada kisah sedih, pilu sebelum bergelar juara dunia.....KISAHNYA agak pilu....Ikuti luahan ayahnya...
Mampu membaca ketika berusia 11 tahun - atau tahun lima - namun dia tidak pernah berputus asa, sebaliknya rajin.
Istilah rajin bukan saja terpakai pada aspek pembelajaran, malah lebih daripada itu.
Dia Muhammad Ziyad Zolkefli yang beberapa jam tadi memecahkan rekod dunia sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil.
Bercakap kepada Bernama, bapa atlet itu Zolkefli Othman memberitahu ketika belajar di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah di Kelantan Ziyad bertukang membina rumah ketika musim cuti.
"Ziyad tidak suka menyusahkan orang. Dia sangat berdikari serta pandai memasak. Sebelum dia ke Majlis Sukan Negara, Ziyad berniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman menjual kuetiau," katanya.
Ziyad, 26, menghadiahkan emas kedua kepada Malaysia dalam kejohanan Paralimpik yang sedang berlangsung di Brazil ketika ini.
Dia merangkul emas kedua dalam acara lontar peluru F20 - merujuk kepada atlet yang diletakkan dalam kategori menghadapi masalah pembelajaran.
Selain berjaya meraih emas, Ziyad turut mencipta rekod baru dunia acara itu dengan catatan 16.84 meter sekali gus memadamkan rekod sebelum ini yang dicatat atlet Australia, Todd Hodgetts (16.29 meter) di Paralimpik London 2012.
Zolkefli juga berkata seorang lagi guru Ziyad - berbangsa Cina di Kelantan - turut banya berjasa kepada anaknya itu.
Hingga kini kata Zolkefli guru terbabit masih mengikuti perkembangan Ziyad.
Kejayaan Ziyad itu juga dianggap lebih bermakna kerana Zolkefli baru saja meraikan hari lahirnya yang ke-62 pada 1 September lalu.
Pada hari sama juga dia menghantar Ziyad ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL untuk terbang ke Rio de Janeiro.
"Semasa saya hantar Ziyad di KLIA pada 1 September lepas, hari itu adalah hari jadi saya. Dia ada berjanji kepada saya akan membawa hadiah pingat emas. Kami sekeluarga sangat gembira dengan kejayaannya," kata Zolkefli kepada Bernama.
EmoticonEmoticon