Kisah LRT yang rosak semalam menjadi viral bila ramai netizen terkandas agak lama di stesen LRT. Hari ini, trending di Twitter pasal LRT ni lagi bila beberapa penumpang LRT berkongsi gambar dan video mereka. Paling gerun, dorang terpaksa berjalan di atas trek kecemasan. Dah la hujan renyai. Fuhh.
Menurut beberapa pengguna di laman Twitter, kejadian ini berlaku sekitar jam 9 pagi. Kalau diikutkan waktu itu, memang waktu kemuncak untuk netizen ke tempat kerja. Memang dugaan sungguh buat mereka sehinggakan ada seorang brader ini bandingkan MRT Malaysia dengan MRT China di status Facebook miliknya. Aikk. Apa cerita?
Kenapa jadi macam ini ya? Hari itu dah terkena sekali. LRT tiba-tiba berhenti dan patah balik. Kemudian pengumuman langsung tak sebut kenapa. Hanya kata berlaku kelewatan. Tiba di satu stesen kami disuruh keluar dan tunggu semula nanti. Tak faham.Hari ini aku dan pengguna lain dah naik tren. Tertera di skrin dan pengumuman mengatakan ada masalah teknikal dan perjalanan sedikit lambat. Kemudian kami disuruh keluar tunggu di luar. LRT seterusnya bergerak kosong tanpa penumpang. Tak faham.Setelah setengah jam menunggu barulah datang tren baru. Kasihan kepada pekerja makan gaji yang dah terlambat. Harap-harap bos mereka faham.
Maafkanlah #RapidKL kerana belum mampu menawarkan peluang pekerjaan tambahan yang akan menjadi pelayan buat pengguna seperti MRT China.Tugas pelayan itu umpama pengawal keselamatan. Mereka akan ulangalik memastikan tiada pengguna yang melewati garisan kuning. Mereka juga akan depakan tangan apabila pintu hampir ditutup. Mereka juga ingatkan pengguna supaya menunggu pengguna di dalam keluar dahulu. Yang paling penting, mereka inilah rujukan kita apabila tercengang tak tahu apa masalah yang sedang berlaku. Jawapan mereka buat kita tenang.Sedang aku menaip ini, kami diarah keluar lagi sekali dari tren baru untuk pergi ke landasan sebelah. Kami kena naik tren dari arah bertentangan.Menariknya Rapid KL, hanya memerlukan seorang wanita dan seorang lelaki polis bantuan untuk arahkan walaupun ada pembesar suara di sini. Tak apa, maafkanlah mereka. Mereka baru sahaja jalankan operasi LRT, tidak seperti China yang lebih berpengalaman.Masyarakat China pun tak sehebat. Aku masyarakat Malaysia yang sangat penyabar. Tiada seorang pun berikan reaksi luar kawal, marah ke, jerit ke, maki ke.. Semua itu tiada. Mereka semua tak kisah tengok 3 tren sudah berlalu tinggalkan mereka. Hari Jumaat memang hari menambahkan pahala buat semua.Syukur aku rakyat #Malaysia.
Sumber : Muhammad Suhail
Share the post "Kenapa Jadi Lagi? Hari Itu Dah Terkena Sekali – Luahan Kecewa Netizen LRT Kerap Terkandas"
EmoticonEmoticon