Tuesday 6 September 2016

Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?

Tags
loading...

Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?

Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?
Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?
Pastinya semua peminat dan kita amat terkejut apabila Fara Fauzana telah mengumumkan akan membatalkan majlis perkahwinannya walaupun ianya hanya tinggal lagi 2 minggu sahaja sebelum tarikh dirinya akan disatukan dengan  bakal suaminya Hafiz. Walaubagaimanapun Fara tidak berkongsi sebarang sebab kerana ianya adalah terlalu peribadi, banyak spekulasi-spekulasi tentang pembatalan perkahwinan ini telah tersebar luas di Internet. Menurut Harian Metro, punca sebenar pembatalan majlis perkahwina ini adalah tidak lain tidak bukan, adalah kerana Hafiz sebenarnya telah pun berkahwin dan statusnya merupakan suami orang.
Menurut sumber yang dipercayai , Hafiz sebenarnya sudahpun berkahwin dan hal itu selama ini telah dirahsiakan daripada pengetahuan Fara Fauzana sehinggalah tarikh perkahwinan mereka yang semakin hampir ini. Namun semua tidak menjadi apabila Hafiz ‘pecah tembelang’, Oleh disebabkan itu Fara Fauzana akhirnya terpaksa membatalkan perkahwinannya kerana dia tidak mahu bermadu dalam senyap. Untuk pengetahuan anda, Hafiz adalah Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai sejak dari awal-awal lagi didakwa tidak pernah langsung berterus-terang dengan Fara mengenai statusnya itu. Tulis Harian Metro:-
Hafiz Berstatuskan Suami Orang Punca Fara Fauzana Batalkan Perkahwinan?
(Silap dia sendiri sebab tidak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya terkantoi dengan Fara. Dalam perkara ini dia tidak boleh sorok lagi. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal. Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh.)
Namun kesahihan perkara ini hanya akan dapat diketahui apabila Hafiz atau Fara Fauzana  sendiri tampil untuk mengesahkannya.
Apa pun alasanya RP doakan semoga Fara Fauzana kuat menghadapi dugaan ini.-Ramenpedas.com
Sumber: BN/ Harian Metro


EmoticonEmoticon