Wanita Dicerai Diingatkan Jangan Tinggalkan Rumah Sehingga Habis Tempoh Edah!
Seringkali berlaku bila suami melafazkan talak, isteri akan keluar daripada rumah bersama anak-anak mereka. Namun tindakan ini sebenarnya bukan yang sepatutnya dilakukan.
Wanita yang dicerai diingatkan tidak meninggalkan rumah sehingga habis tempoh edah demi kepentingan tuntutan nafkah.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, wanita berkenaan mempunyai hak tidak meninggalkan rumah dan tinggal bersama anak-anak.
Katanya, wanita ini boleh membuat laporan sekiranya diusir keluar dan mereka boleh memohon untuk terus tinggal di rumah yang didiami melalui proses yang akan dilakukan peguam syarie.
"Salah prinsip apabila seorang wanita itu keluar rumah sebaik diceraikan suami. Sekalipun bercerai, mereka kena duduk di situ (rumah) selagi tidak dihalau suami," katanya selepas Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka kali ke-2 tahun 2016 di Melaka baru-baru ini.
“Wajib bagi isteri yang ditalak raj’i untuk tetap tinggal di rumah suaminya dan haram bagi si suami mengeluarkan isterinya dari rumahnya, berdasarkan firman Allah Ta’ala:
“Janganlah kalian (para suami) mengeluarkan mereka (para isteri yang ditalak raj’i) dari rumah-rumah mereka dan jangan pula mereka (diperkenankan) keluar, terkecuali bila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Itulah hukum-hukum Allah dan siapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri.” (Ath-Thalaq: 1)
Adapun sikap orang-orang pada hari ini di mana seorang isteri bila ditalak dengan talak raj’i, dengan segera ia pulang ke rumah keluarga (orangtua)nya, hal ini jelas merupakan kesalahan dan perbuatan yang diharamkan. Kerana AllahTa’ala berfirman:
“Janganlah kalian mengeluarkan mereka.”
AllahTa’ala juga mengatakan:
“Dan jangan pula mereka (diperkenankan) keluar.” (Ath-Thalaq: 1)
Allah Ta’ala tidak mengecualikan larangan di atas, terkecuali bila mereka (para isteri yang ditalak) melakukan perbuatan keji yang nyata. Setelah itu Allah Ta’ala berfirman:
“Itulah hukum-hukum Allah dan siapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri.” (Ath-Thalaq: 1)
Lalu Allah Ta’ala menerangkan hikmah dari kewajiban si isteri tetap tinggal di rumah suaminya dengan firman-Nya:
“Engkau tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu perkara.” (Ath-Thalaq: 1)
Buat laporan jika diusir
Ibrahim berkata, wanita yang dicerai dan diusir keluar dari rumah perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah dan polis.
Beliau berkata laporan berkenaan sebagai bukti isteri yang diceraikan dianiaya bagi memudahkan proses mendapatkan pembayaran nafkah daripada suami.
Sementara itu, beliau berkata pembayaran nafkah oleh suami adalah wajib dan dosa besar jika ia tidak dijelaskan dengan sempurna.
"Golongan suami yang enggan membayar nafkah boleh dihukum penjara. Sekiranya nafkah sebulan tidak dibayar, mereka boleh dipenjara selama sebulan," katanya.
Ibrahim bagaimanapun berkata, pembayaran nafkah itu boleh ditangguhkan sementara jika bekas suami menghadapi masalah kewangan.
Beliau berkata Mahkamah Syariah akan membantu suami yang mempunyai masalah untuk membayar nafkah, daripada dana diperuntukkan kerajaan pusat yang dipanggil Dana Bahagian Sokongan Keluarga.
EmoticonEmoticon