Thursday, 1 September 2016

PERHATIAN UNTUK SUAMI!! Jika Mahukan ISTERI Sayang Anda Ketat-ketat Lakukan Tip Ini

Tags
loading...

suami isteri
Gambar Hiasan
PERHATIAN UNTUK ISTERI!! Jika Mahukan Suami Sayang Anda Ketat-ketat Lakukan Tip Ini 
| Artikel kali ini dipetik dari Majalah PAMA tentang pikat hati suami agar suami lebih dan bertambah sayang pada isteri. Isu ini nampak simple dan remeh hakikatnya isteri zaman sekarang lupa akan perkara ini. Salah satu penceraian berlaku adalah daripada kesilapan kita sendiri,jangan asyik menunding jari kepada suami sahaja. Bukan nak berat sebelah tetapi berpada-pada,berusahalah untuk membina masjib dari masjib kampung biasa-biasa jadi macam masjib besi,masjib putrjaya dan sebagainya. Jika si isteri inginkan suami bertambah-tambah love dengan anda harus lakukan perkara ini... Baru suami tak pasang dua,hehehe gurau jer..

Setiap ini inginkan perhatian belaian suami dan sebagainya,adakah anda perasan si suami pun perlukan anda melakukan seperti itu, cuma suami ini kebanyakkan bersikap cool dan seperti tiada apa-apa berlaku.Isteri perlu bijak menarik perhatian suami supaya diri terus menjadi fokus utama biarpun suami sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Gunakan tip berikut sebagai senjata ampuh anda bergelar isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumah tangga.

1.Sentiasa nampak cantik di mata suami sepanjang masa
Isteri mesti rajin bersiap dan berhias untuk suami. Jangan bila hendak keluar rumah sahaja bersiap cantik tetapi di rumah selekeh dan kusam. Ini macam nak cantik untuk orang lain. Alasan sebab sibuk menguruskan anak-anak dan rumah tangga. Bila isteri cantik sepanjang masa, suami rasa seronok ada di rumah. Bahkan salah satu ciri isteri yang baik adalah yang menyenangkan suami ketika dipandang. Ia termasuk hal menjaga kebersihan badan, menyikat rambut, memakai wangian, memakai pakaian yang menarik dan lain-lain lagi. Perasan tak? Nampak kan...Simple
2. Pandai bergurau senda dengan suami
Suami mesti bahagia kalau ada isteri yang pandai menggembirakan hatinya. Sikap bergurau senda & selalu tersenyum pada suami dapat mengurangkan kepenatan suami pulang dari kerja.
3. Sentiasa utamakan suami & menghormati pandangannya
Yang ni isteri mesti ambil perhatian. Ramai isteri di luar sana ambil mudah. Sebagai pemimpin rumah tangga, suami mesti diberi keutamaan oleh isteriDalam apa jua perkara, utamakan suami terlebih dahulu. Hormati juga pandangannya terhadap sesuatu perkara. Jangan cepat melenting jika suami beri pandangan walaupun dalam hati tak bersetuju dengan pandangannya.
4. Jangan lupa minta izin
Isteri perlu meminta izin daripada suami untuk pergi ke mana-mana atau melakukan apa sahaja. Jangan sesekali membelakangkan suami kerana ia hanya akan membuatkan anda berdosa. Malah derhaka kepada suami, nak jadi isteri solehahkan..kene ikutlah,mudah jer..
5. Bersikap sederhana
Jadilah isteri yang bersikap sederhana dalam apa jua perkara. Jangan keterlaluan meminta itu & ini kepada suami apatah lagi jika melebihi kemampuan suami.
6. Memanjakan suami
Suami amat suka dimanjakan oleh orang yang dia cintai,anda kene tahu suami pun suka dimanja. Jadilah isteri yang suka memanjakan suami. Pasti anda terus disayangi dan dicintai. Melayan suami seperti menyediakan hidangan makan minumnya, mengurut badan suami, memotong kukunya, membersihkan tubuh badannya dan mencuci rambutnya ketika mandi dan sebagainya.
7. Boleh memberi pendapat dan bertukar pandangan
Komunikasi sangat penting untuk menngekalkan kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu sebagai isteri, anda perlu bijak memberikan pendapat atau pandangan dalam apa jua isu.
8. Hormat hak peribadi suami
Jangan terlalu busybody seperti banyak bertanya jika dia ingin keluar berjumpa kawan, memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dan sebagainya. Ini kerja isteri, si suami jarang dan tak pernah buka whatsapp,fb, tel dll yang isteri punya tapi isteri buat sedemikian. Jangan terlalu curiga,entah-entah si isteri yang sebaliknya.
9. Jangan bandingkan suami anda dengan lelaki lain
Lelaki paling rasa tercabar kalau isterinya suka membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Awas ya!
10. Sentiasa menjaga maruah suami
Tidak kira di mana anda berada atau dengan siapa anda bersama pastikan maruah suami sentiasa terpelihara.
11. Menyokong suami
Tidak kira di waktu susah atau senangnya isteri mesti memberikan semangat kepada suami sewaktu dia dalam kesusahan dan bersama mengharungi kehidupan sukar tanpa sebarang keluhan.
12. Mencintai suami sepenuh hati
Hanya suami yang sentiasa bertakhta di hati anda. Curahkan sepenuh cinta kepada suami kerana Allah supaya kasih sayang anda berdua sampai ke syurga.
Cukuplah rasanya tip hari ini, Ingat inginkan rumahtangga bahagia jangan mengharapkan suami sahaja, isteri pun main peranan penting kerana isteri adalah tulang rusuk suami yang tak cukup tu,kalau anda tak support,mana suami nak pergi,nak maju.. InsyaAllah berkat doa,iman dan usaha keluarga akan bahagia ke jannah!! Amin.. Sayang uosll ketat-ketat!! Mohon Share.


EmoticonEmoticon

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close