Saturday, 26 November 2016

Tak Sangka! Bermodalkan Duit BRIM RM500, Kini Nora Raih Untung Jutaan Ringgit

Tags
loading...

Wanita ini pernah BERGOLOK-GADAI menjual motosikal dan barang kemasnya. Dulu, kereta KANCIL miliknya dijual sebagai modal niaga. HARI INI, dia tuan kepada sebuah RANGE ROVER BARU yang cantik berkilat.
Baca kisah benar wanita ini DI SINI:

“PERNAH suatu ketika saya terpaksa menjual semua barang berharga milik saya seperti kereta, motosikal dan barang kemas. Dan yang tinggal hanya sebentuk cincin perkahwinan di jari saya. Hanya itu sahaja yang mampu saya simpan dan tidak rela untuk dilepaskan. Ini semua dek kerana azam yang kuat untuk bangkit daripada kegagalan dan memulakan bidang perniagaan."
nora-1.jpg[
Gerai pakaian di Uptown Setapak yang pernah diuruskan oleh Nora sebelum berjaya.

 

>>> “Anak-anak Bijak, Mereka Tahu Siapa Emak Mereka Tetapi Tak Tahu Apa Itu Emak Tiri” — Hanez Suraya<<<

Bermula episod 'Zero to Supermom' saya apabila segala harta dijual untuk dijadikan modal berniaga. Malangnya, duit yang dikumpul masih tidak mencukupi apatah lagi untuk menghasilkan produk kecantikan yang mana kosnya bernilai puluhan ribu ringgt. Kala itu, duit dalam genggaman hanya ada RM15,000 hasil daripada jualan barangan peribadi. Ya, jumlah itu masih ‘jauh’ untuk menghasilkan produk kecantikan jenama sendiri. Bingung dengan situasi itu membuat saya hampir putus asa. Adakah impian saya hancur musnah? Oh, tidak! Saya yakin rezeki Allah SWT itu amat luas. Dan siapa sangka permohonan BRIM bernilai RM500 akhirnya masuk ke akaun saya sedangkan sebelum ini saya tidak pernah dapat bantuan tersebut biarpun berkali-kali memohonnya.

CABARAN ORANG BERNIAGA

“Berbicara fasal cabaran berniaga, memang banyak yang saya lalui. Saya pernah ditipu oleh sebuah agensi pemasaran sebanyak RM10,000 yang kononnya mereka boleh membantu meningkatkan jualan produk saya. Namun itu hanya kata-kata manis di bibir sahaja, setelah duit berada dalam genggaman mereka, satu kerja pemasaran pun mereka tidak buat. Akhirnya saya yang terlopong…” kongsi Nora ketika dihubungi menerusi telefon.
nora-sadads.jpg

KISAH DUKA YANG MENGUATKAN KEAZAMAN UNTUK BERJAYA

“Saya pernah jatuh miskin kerana perniagaan sebelum ini ‘gulung tikar’. Maklum dulu saya pernah hidup senang, jadi bila ditimpa musibah, saya berazam untuk bangkit kerana mahu menikmati kehidupan yang sama seperti dahulu. Jika dahulu saya sedih kerana terpaksa jual kereta Kancil untuk dapatkan modal berniaga, kini saya bersyukur kerana dengan pengorbanan itu saya mampu miliki Range Rover baru-baru ini.”   
ewfcewadawdw.jpg

 

PESANAN BUAT PENIAGA BARU

“Sebelum memulakan perniagaan, yang pertama, anda MESTI ada produk sendiri yang mahu dijual kepada pengguna. Kedua, produk itu juga perlu ada keistimewaan dan lain daripada produk yang sedia ada di pasaran. Kelainan yang ditawarkan akan membuka ruang yang lebih luas buat produk itu dikenali.”
dsceadcw.jpg
“Dan langkah paling penting untuk mencipta nama sebagai peniagan baru, anda perlu menguasai ilmu pemasaran. Tanpa ilmu di dada, bagaimana anda mahu menguasai rangkaian perniagaan? Bagaimana untuk meyakinkan pengguna mencuba produk anda? Justeru, strategi pemasaran turut memainkan peranan penting dalam usaha membina nama ke puncak jaya.” 


EmoticonEmoticon