"Saya dengar orang menjerit di belakang pejabat saya tapi tidak sangka pula ada berlaku pergaduhan serius, lantas saya bergegas keluar."
"Alangkah terperanjatnya apabila melihat seorang wanita parah ditikam dengan bahagian perut terburai, ia seperti tidak percaya dan menyangka ada orang ingin cuba menguji saya. Maklumlah saya baharu tamat kursus Akademi Pertahanan Awam beberapa hari lalu."
Demikian yang dimaklumkan oleh bekas peserta Gegar Vaganza musim pertama itu, Hasnol Hassan yang tidak menyangka kursus pertahanan awam dan kecemasan yang dipelajari tiga hari lalu dipraktikan secara realiti dengan membantu wanita warga asing yang parah ditikam di Putra Height kelmarin.
Memetik laporan mstar, Hasnol berkata, biarpun berasa gementar, namun dia bangga dapat bersama doktor bagi membantu menyelamatkan nyawa wanita itu.
"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dapat menenang dan memudahkan urusan doktor untuk membuat rawatan kecemasan kepada pesakit," ujarnya.
Difahamkan wanita tersebut terbabit dengan perbalahan dengan seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.
Pihak polis juga sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabatnya untuk sisatan lanjut, ujarnya lagi. - CARI
EmoticonEmoticon