Gam Gajah disangka Ubat Mata – Seorang wanita dari Florida secara tidak sengaja mencederakan matanya apabila menitiskan gam gajah ke dalam matanya yang disangkanya ubat titis mata, mengakibatkan matanya tertutup selama beberapa hari.
Menurut portal Odd News, kejadian itu berlaku minggu lalu, apabila habuk kayu masuk ke dalam mata Katherine Gaydos ketika rakannya sedang menggunakan mesin penyebur daun, dan wanita itu telah menitiskan gam itu ke dalam matanya kerana tersalah anggap gam itu adalah ubat titis mata.
“Ada benda telah memasuki mata saya, dan saya menjerit meminta tolong mendapatkan ubat titis mata dari dalam beg tangan saya. Sebaliknya mereka memberikan saya gam gajah.
“Sebaik-baik saya menitiskan gam itu ke dalam mata saya, saya terasa mata saya seperti ‘terbakar’ dan saya menjerit meminta supaya menghubungi talian kecemasan 911.” katanya kepada WPBF-TV.
Gaydos berkata, doktor memberikan saya antibiotik dan minyak sapu, tetapi doktor berkenaan enggan merawat matanya melainkan dia membuat pembayaran terlebih dahulu.
“Doktor memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan untuk menyelamatkan mata saya, dan saya tidak tahu hendak buat apa.
Saya tiada pekerjaan, tiada insurans atau wang,” katanya.
Seorang doktor lain telah menghubunginya, selepas agensi berita WPBF-TV menyiarkan kejadian itu di televisyen.
“Doktor itu bekerja di tempat yang sama dengan doktor pertama yang merawat saya sebelum itu,” katanya, “Tetapi kali ini saya tidak perlu membayar. Doktor itu hanya meletakkan ubat sapu mata Lidocaine di bahagian atas dan bawah mata saya dan menarik kelopak mata saya sehingga mata saya boleh melihat semula.
“Doktor itu menyuruh saya datang semula untuk membersihkan baki-baki gam yang masih terlekat di kelopak mata saya.” jelasnya.
Gaydos berkata, dia bernasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan matanya mengalami kerosakan kekal.

EmoticonEmoticon