Sunday 27 November 2016

Lalui Beribu Episod Kegagalan Dalam Hidup, Akhirnya Lelaki Ini Berjaya Bergelar Doktor

Tags
loading...

Lalui Beribu Episod Kegagalan Dalam Hidup, Akhirnya Lelaki Ini Berjaya Bergelar Doktor

THE STORY OF MY LIFE.
Semalam telah diumumkan keputusan bagi peperiksaan UPSR 2016. Seramai 4,896 orang calon (1.11% dari jumlah calon keseluruhan) telah mendapat semua A bagi subjek yang telah mereka duduki. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada golongan yang sangat cemerlang ini. Kepada yang lain, pasti ada yang berdukacita di atas keputusan yang diambil. Mungkin ada yang rasa down dan demotivated. Walaubagaimanapun, ini hanyalah permulaan bagi suatu perjalanan panjang yang terpaksa ditempuh pada hari-hari yang mendatang. Kegagalan hari ini, tidak bermakna tidak boleh menempa kejayaan cemerlang dimasa hadapan.
Saya terpanggil untuk berkongsi kisah pengalaman pembelajaran saya terdahulu. Ramai di kalangan pelajar saya sendiri menyangkakan bahawa saya adalah seorang yang cemerlang sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi realitinya adalah tidak. Buat permulaan, keputusan UPSR saya adalah baik, di mana saya memperolehi 2A dan 3C. Selepas itu, prestasi akademik terus merundum, disebabkan oleh sifat malas belajar yang ada pada diri saya. Untuk keputusan PMR, saya hanya mendapat 2A sahaja dan C bagi subjek Matematik, sekaligus meranapkan impian saya untuk memasuki aliran Sains. Dengan berat hati, saya meneruskan pembelajaran di aliran Perakaunan. Tetapi nasib menyebelahi saya tidak lama selepas itu, di mana pihak sekolah membuka peluang kepada pelajar aliran lain yang ingin bertukar ke aliran Sains.


EmoticonEmoticon