Friday, 25 November 2016

NELAYAN INI BUKAN HEBAT MANA PUN HIDUP SUSAH..TAPI IA ADALAH INSAN TERPILIH OLEH ALLAH UNTUK MENYELAMATKAN INSAN-INSAN ROHINYA KETIKA DIRI MEEKA DI PERDANGANG DI TENGAH LAUT

Tags
loading...

Yusuf: Nelayan yang telah menyelamatkan lebih 300 warga Rohingya di tengah lautan

SUBAHANALLAH..SUBHANALLAH..,JIKA KITA UMAT ISLAM SEAGAMA TOLONG DOAKAN MEREKA
NELAYAN INI BUKAN HEBAT MANA PUN  HIDUP SUSAH..TAPI IA ADALAH INSAN TERPILIH OLEH ALLAH UNTUK MENYELAMATKAN INSAN-INSAN ROHINYA KETIKA DIRI MEEKA DI PERDANGANG DI TENGAH LAUT



Ketika bermusafir ke Indonesia untuk memantau projek pelarian Rohingya yang dikelolakan oleh Lonely Orphans, sebuah pertubuhan kebajikan dari Britain, Syed Ikhlass telah bertemu dengan seorang wira sejati; Yusuf.
Menyelamatkan lebih 300 orang pelarian Rohingya
Apa yang buatkan kami lebih terharu lagi apabila Yusuf sendiri merupakan seorang nelayan miskin yang tinggal di perairan Langsa, Indonesia. Baru-baru ini, dia telah menyelamatkan lebih daripada 300 orang pelarian Rohingya yang terdampar di lautan. Yusuf telah menemui sebuah kapal yang terdampar di tengah lautan, 7 jam dari darat. Kapal itu sarat dengan pelarian Rohingya yang menyelamatkan diri daripada kekejaman pemerintahan kuku besi kerajaan Myanmar.
Yusuf cuba untuk melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa, tetapi akibat terlalu bersimpati dengan nasib pelarian tersebut, Yusuf langsung cuba untuk menyelamatkan mereka sendiri. Cuma masalah besar yang dihadapi Yusuf adalah kapal nelayan dia hanya mampu memuatkan seramai 48 orang sahaja.
Walaupun saiz kapalnya yang kecil, Yusuf mencuba sedaya upaya memuatkan seberapa ramai orang yang dia mampu selamatkan. Perjalanan pergi dan balik memakan masa selama 14 jam dan berkat kesabaran, keazaman dan kesungguhan Yusuf untuk membantu saudara semuslimnya, dia berjaya melakukan 7 trip perjalanan dan sekaligus menyelamatkan lebih 300 orang!

Yusuf dan Syed Ikhlass

Yusuf memberitahu Syed:
“Terdapat ramai orang yang terdampar, sebahagian daripadanya hanya berbogel sahaja. Saya telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dan secara peribadi telah melakukan 7 trip dengan setiap satu trip memakan masa 14 jam.”

Warga Rohingya di kem pelarian

Bila ditanya mengapa dia melakukan sedemikian dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan mereka, ini jawapan Yusuf:
“Saya mesti membantu mereka, dan apabila kita berada di lautan, kita perlu saling membantu, tidak kira dari mana asal usul kita.”
Syed memberitahu bahawa Yusuf adalah seorang yang merendah diri yang tidak meminta apa-apa balasan daripada perbuatan yang dia lakukan. Yusuf hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.
Sumber: http://ilmfeed.com/the-selfless-hero-who-saved-over-300-rohingya-stranded-at-sea/
www.indahnyaislam.my


EmoticonEmoticon