Tuesday, 29 November 2016

Kulit Mayat Pengamal Ilmu Hitam Dipenuhi Tatu Mantera..TIDAK DI SANGKA RUPA-RUPANYA IA ADALAH LAKARAN TATU PENUNDUK ILMU TAWAN WANITA BAR DI THAILAND

Tags
loading...

‘PENEROKAAN’ sekumpulan pakar arkeologi di sebuah kawasan perkuburan purba di Thailand membawa kepada penemuan rangka yang dipercayai mayat pengamal ilmu hitam.

Mirror.co.uk melaporkan, pakar arkeologi menemui rangka tersebut ketika menjalankan proses menggali semula tanah perkuburan di Mukdahan berdekatan sempadan Thailand-Laos.
Kulit Mayat Pengamal Ilmu Hitam Dipenuhi Tatu Mantera
Pada rangka mayat tersebut terdapat kulit manusia yang tertera tatu berbentuk tulisan Sanskrit dipercayai ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.
Tatu yang juga mengandungi gambar harimau itu merupakan mantera yang digunakan bagi memastikan kulit mayat pengamal hitam itu diawet dan tidak dimamah tanah.
Bagaimanapun, pertubuhan arkeologi Thailand Goopaitongdaeng Jeemokkho Goopainueng Soonpaed (GORR) mendakwa, tulisan mentera tersebut mungkin menjadi sebab kepada kematian mayat lelaki itu.
Kulit Mayat Pengamal Ilmu Hitam Dipenuhi Tatu Mantera
Katanya, tatu itu mungkin menghalang lelaki terbabit menjalani pembedahan selepas mengalami radang usus.
“Lelaki itu tidak boleh menjalani pembedahan kerana kulitnya sukar dibedah dan akhirnya dia meninggal dunia dalam kesakitan,” jelasnya.
Namun, punca kulit itu yang tidak terjejas masih belum diketahui tetapi penduduk Thailand percaya kejadian tersebut ada kaitan dengan amalan ilmu hitam. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon