5 Cara Untuk Dapatkan Lesung Pipit Secara Semulajadi
Orang selalu cakap, mereka yang ada lesung pipit ni nampak muda dan comel.
Mesti ramai yang cemburu dengan mereka yang berlesung pipit. Wajah mereka nampak manis je dan comel. Setiap kali mereka tersenyum, kita akan terpesona melihatnya.
Tapi, sebenarnya anda juga boleh dapatkan lesung pipit secara semula jadi dengan melakukan 5 cara atau senaman mudah ini!
1. Muncungkan bibir dan hisap pipi anda ke dalam
Jangan rapatkan gigi, kerana dengan demikian anda tidak akan dapat menghisap pipi, selain itu bibir anda harus menutup.
2. Tekan & tahan lekukan pipi
Tentukan kawasan pipi yang ada lekukan paling dalam. Tekan bahagian tersebut secara perlahan-lahan dengan jari telunjuk. Tekan terus bahagian tersebut dengan jari telunjuk dan mula gerakkan mulut anda.
3. Terusan senyum & luncurkan jari bila perlu
Ketika melakukan senaman ke-2, lakukan ekpresi senyum dan jangan gerakkan jari anda dari kedudukannya. Buka mulut anda dengan lebar saat tersenyum kerana lesung pipit yang natural akan kelihatan apabila anda tersenyum dengan lebar.
Jika sudah terbentuk lesung pipi, segera lepaskan jari anda. Ambillah gambar jika anda mahu. Ingat, lesung pipi akan hilang setelah anda merehatkan mulut anda.
4. Teruskan tekan selama 30 minit atau lebih
Untuk melatih pipi agar membentuk lesung pipi dengan lebih lama, anda perlu tekan lekukan tersebut sekurang-kurangnya 30 minit. Semakin lama anda tekan “lesung pipit”, semakin lama lekukan akan kekal.
5. Ulang setiap hari
Lakukan latihan wajah untuk membentuk lesung pipit ini selama 30 minit setiap hari selama beberapa minggu. Lepas sebulan, namun masih tidak nampak lagi lesung pipit, itu bermakna anda tidak bernasib baik. Tapi, tak salah kalau nak mencuba?
EmoticonEmoticon