Thursday 1 December 2016

Suami Bunuh & Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Melampias Nafsu Di Thailand

Tags
loading...

Suami Bunuh & Kerat Mayat Isteri 8 Bahagian Agar Dapat Pergi Melampias Nafsu Di Thailand

AUGSBURG, JERMAN - Seorang suami tergamak membunuh dan mengerat mayat isterinya kepada lapan bahagian hanya semata-mata ingin pergi melampias nafsu seksnya di Thailand, dikenakan hukuman penjara seumur hidup. 
Horst Koenig, 53, hanya menundukkan kepala apabila dia disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh isterinya, Grace, 37 tahun, warganegara Filipina. 
Meskipun pakar komputer itu dijatuhkan hukuman seumur hidup, Horst mungkin akan dibebaskan awal apabila dia berumur 74 tahun, mengikut undang-undang Jerman. 
Lapor Mirror, Horst telah membunuh isterinya menggunakan tukul seberat 2.2 kilogram ketika mangsa sedang tidur. Horst kemudian mengerat mayat mangsa sebelum dibuang. 
Sebelum kejadian itu, Horst dikatakan telah mencari dan merancangan pembunuhan isterinya selama sebulan agar dia dapat meluangkan masa berseronok di Thailand. 
Selepas kematian wanita yang dikahwininya 10 tahun yang lalu, Horst telah mengambil kesemua wang mangsa di dalam akaun bank dan menempah penerbangan ke Thailand untuk melampiaskan nafsunya. Malah Horst telah menyewa sebuah locker di sebuah gudang untuk melupuskan mayat mangsa. 
Lima minggu kemudian apabila Horst kehabisan wang selepas dibelanjakan pada pelacur di Thailand dan visanya tamat tempoh, Horst kembali semula ke Jerman dan ditahan sebaik saja tiba di negara kelahirannya itu. 
Mahkamah berkata, Horst telah mengkhianati isterinya dan tamak. 
"Awak boleh buat keputusan sama ada mahu bercakap benar ketika perbicaraan dan mengaku bersalah di atas perdakwaan yang telah dibuat," kata Hakim Christoph Wiesner. 
Menurut Peguam Mandana Mauss, 45, berkata, adik beradik mangsa lega dengan keputusan mahkamah. Malah mereka juga tidak mahu membalas dendam, tetapi mahu keadilan untuk kakak mereka. - The Reporter


EmoticonEmoticon